Thursday, 16 August 2012

SELAMAT DATANG KE SUDUT BAHASA MELAYU TAHUN 4

SELAMAT DATANG



Baca dan fahami
Jasa Ayah
      Orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa ialah wanita Amerika Syarikat, bernama Sonata Smart-Dodd. Sonata mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa apabila mendengar syarahan bersempena dengan sambutan Hari Ibu di tempatnya pada tahun 1909.
      Sonata amat mengagumi sikap bapanya yang penyayang, tabah dan tidak mementing diri-sendiri. Bapa Sonata, Encik Smart, telah membesarkan keenam-enam orang anaknya selepas kematian isterinya. Beliau mengasuh anak-anak dengan sabar. Beliau amat menyayangi mereka. Encik Smart menjaga anak-anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Tugasseseorang ibu telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Encik Smart dengan penuh rasa tanggungjawab.
     Memandangkan jasa bapanyayang tidak ternilai itu, Sonatatelah berusaha untuk mengadakan sambutan Hari Bapa bagi menghargai jasa bapanya. Sonata kemudiannya telah mengadakan kempen secara meluas. Hasilnya, Hari Bapa yang pertama Berjaya disambut pada 19 Jun 1910.
    Seterusnya, pada tahun 1960, Presiden Lyndon Johnson telah mengisytiharkan hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun sebagai Hari Bapa. Sejak Itu, Hari Bapa terus disambut hingga hari ini.






1 comment:

  1. Casinos that accept US players - jtmhub.com
    Best Casinos accepting US players · Lucky Creek Casino: 50% up to 영천 출장안마 $3,600 · 888Casino: 20% up to $500 · Red 삼척 출장샵 Dog Casino: 20% up to $1,000 순천 출장마사지 · 양주 출장안마 BetMGM Casino: 20% up 강원도 출장마사지 to

    ReplyDelete