RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pembelajaran & Pengajar | Catatan | |||||||||||||||||
Set Induksi (5 minit) | Permainan Bahasa “Hormati Ibu Dan Bapa” | -Guru menerangkan cara-cara permainan ini -Rangkai kata ini terdiri daripada 4 patah perkataan -Klu –satu cara kita mengenang budi seseorang - Setiap murid meneka satu huruf yang mereka fikiran sesuai. Contoh: Ali meneka huruf.A Guru akan menampal huruf pada petak yang disediakan Ali boleh meneka apakah ayat tersebut. Jika Ali gagal meneka jawaban, giliran murid yang lain pula untuk meneka.
menjadi “HORMATI IBU DAN BAPA” -Murid bersoaljawab dengan guru untuk mengetahui maksud ayat tersebut. - Murid digalakkan berbual dengan rakan-rakan untuk menerangkan maksud ayat Itu. -Guru mengaitkan jawapan yang dihasilkan oleh murid dengan isi pelajaran | KB -menghubungkait -meramal TKP -Verbal linguistic -Interpersonal Teknik -permainan bahasa BSM -kad huruf -kad ayat PenilaianHP 1.1 Aras 1(i) | |||||||||||||||||
Perkembangan Langkah 1 (15 minit) | Kad Gambar 1.Gambar ibu mengandung 2. Gambar Menghantar anak Ke sekolah 3. Gambar ibu bapa bersama anaknya 4. Gambar seorang ibu menjual makanan 5. Gambar rumah Contoh kata kunci 1 .Melahirkan 2. Menghantar ke sekolah 3. Menjaga dan memelihara 4. Bekerja menyara keluarga. 5. Menyediakan tempat tinggal | -Guru meminta bebarapa orang murid menceritakan apakah peristiwa yang tidak dapat dilupakan bersama ibu bapa. -Guru memaparkan kad gambar yang ada mempunyai kaitan dengan jasa ibu bapa -Murid-murid memerhatikan gambar yang dipaparkan -Guru berbincang dengan murid tentang gambar. -Murid diminta memadankan kata kunci yang diberi dengan gambar yang sesuai -Beberapa orang murid dipilih untuk berbual tentang jasa ibu bapa. -Murid-murid menggunakan kata kunci yang diberi semasa berbual | Pendekatan -Komunikatif Kaedah -Kaedah terus Teknik -Perbincangan KB -menjana idea TKP -verbal linguistic -inter personal -naturalis -kinestetik Ilmu -Pendidikan Moral Nilai -Menghargai -Menghormat. -Berterima kasih -Taat -bertanggungjawab BSM -Kad gambar -kad perkataan -Slaid powerpoint Penilaian HP PS:1.1: Aras 1(i) | |||||||||||||||||
Langkah 2 (15 minit) | Petikan “Jasa Ayah” Soalan kefahaman 1.Bilakah Hari Bapa diadakan? 2. Apakah maksud perumpamaan “bagai menatang minyak yang penuh”? 3. Siapakah wanita pertama yang menyambut hari bapa? 4. Pada pendapat kamu, wajarkah hari bapa disambut? Mengapa? Kosa kata Merujuk perkataan dan kamus untuk mencari makna. -menyambut -bersempena -mengagumi -tabah -menghargai -kempen | -Guru mengedar petikan teks bertajuk “Jasa Ayah” kepada murid -Murid diminta membaca teks tersebut secara senyap terlebih dahulu. -Guru meminta murid-murid membaca petikan beramai-ramai dengan intonasi yang betul -Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan secara individu. -Guru membimbing murid yang lemah membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. -Guru bersoaljawab mengenai isi petikan yang dibaca berdasarkan soalan kefahaman yang diberi. -Murid yang pandai membimbing murid yang lemah menjawab soalan kefahaman yang dikemukakan. -Murid menyalin jawaban kefahaman yang telah dibincangkan -Guru meminta murid membaca kosa kata yang digariskan dalam petikan. - Secara berpasangan murid merujukan kamus mereka sendiri atau kamus yang diedarkan oleh guru untuk mencari makna perkata yang bergaris dalam petikan. -Guru memapar kad perkataan mengenai kosa kata pada papan tulis dan beberapa murid.diminta menulis maka perkataan tersebut berdasarkan maksud yang mereka peroleh dari kamus. -Guru membimbing murid untuk membetulkan jawaban jika ada maksud perkatan yang diberi kurang tepat. | Strategi: BCB -Bacaan Mentalis -Bacaan Mekanis -Bacaan secara Individu Pendekatan -Komunikatif Teknik -Soaljawab TKP -verbal linguistic -interpersonal -kinestetik Nilai murni: -kasih saying -menghargai -mengenang jasa BSM Petikan Paworpoint Kad kosa kata Penilaian HP FU:5.2 Aras 1(i) | |||||||||||||||||
Langkah 3 ( 15 minit) | Penerapan Tatabahasa Kata berimbuhan -imbuhan awalan Pengimbuhanan ialah proses menerbitkan kata dengan mencantum imbuhan dengan kata dasar. Jenis imbuhan-imbuhan awal, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan (ber- , di- , ke- , me- , mem- , meng- , menge- , pe- , se- ,) Latihan bertulis Kata berimbuhan Pengayaan Mencari perkataan berimbuhan yang tersembunyi Pemulihan Bimbingan membaca petikan “Jasa Ayah” | -Guru menerangkan maksud kata berimbuhan kepada murid. - Guru memaparkan contoh kata berimbuhan yang terdapat dalam petikan. -Secara berpasangan murigd berbincang dan mencari perkataan berimbuhan daripada petikan dan menulis kad yang dibekalkan. -Guru meminta murid membaca kata berimbuhan yang dipaparkan. -Guru mengedarkan lambaran kerja kepada murid-murid. -Guru membahagikan lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid-murid iaitu mengikut Kumpulan A,B dan C. Kumpulan A dan B Membina ayat menggunakan kata berimbuhan yang diberikan. Kumpulan C Mengisi tempat kosong menggunakan menggunakan imbuhan awalan yang sesuai. -Guru akan membimbing murid-murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis. Pengayaan -Guru memberi kad -Murid mencari perkataan tersembunyi (kata berimbuhan) dalam kad tersebut -Murid menulis perkataan tersebut dalam kertas kosong yang diberikan Contoh:
Guru membimbing murid-murid pemulihan membaca teks “Jasa Ayah” dengan intonasi yang betul | TKP -Verbal linguistic -Intrapersonal Sistem Bahasa -Kata Berimbuhan Strategi -Pendekatan Deduktif Kaedah Kaedah Terus BSM -Kad perkataan -Lembaran Kerja -Kad Perkataan Senbunyi Penilaian HP FU: 5.2 Aras (i) FS: 8.1 Aras (i) | |||||||||||||||||
Penutup (5 minit) | Nyanyian Lagu “ Ibu Bapa” Oh Ibu Oh bapa Melahirkan menjaga Dari kecil hinggga kita dewasa Ibu ayah berjasa Oh Ibu Oh bapa Lalu susah dan payah, Banyak sudah hingga tiada terkira, Ibu ayah berjasa Oh Ibu Oh bapa Ampunkan dan maafkanlah, Banyak sudah kami salah berdosa’ Akan kami berubah. Oh Ibu Oh bapa Kamu insan mulia’ Kami janji lindung, sayang, menjaga, Bila sudah dewasa. Oh Ibu Oh bapa Tiada henti berjasa Wahai Tuhan balas budi mereka, Dengan syurga yang indah | -Guru memaparkan lirik lagu menggunakan slide powerpoint. -Murid membaca lirik -Guru memainkan lagu. -Guru dan murid menyanyi bersama-sama. -Guru meminta murid menyatakan isi pelajaran dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari. | Kecergasan Pelbagai -verbal linguistic -muzik Nilai murni -sayang -berjasa -ampun dan maaf -hormat -mengenang budi Ilmu Muzik BSM Slaide powerpoint |
Aktiviti susulan : Murid mencipta pantun untuk ayah dan ibu
4
TAHUN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU
Tarikh : 24.0. 2012
Masa : 8.00-9.00 pagi
Tahun : 4 Perdana
Bilangan Pelajar : 28 orang
Tema : Keluargaku Sayang
Tajuk :Hormatilah Ibu dan Bapa
Fokus Utama
5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang
dibaca
Aras 1(i) : Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengansebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
- : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
Aras 1(i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau yang dibaca.
8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 1(i) : Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topic yang diberi
Pengetahuan Sedia Ada :
- Semua murid mempunyai ibu dan bapa
- Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan membaca peringkat awal

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
Objektif Eksplisit
Pada akhir pelajaran murid dapat
- Berbual mengenal tiga daripada lima pengorbanan ibu bapa berdasarkan paparan gambar dan perkataan yang diberikan
- Membaca dua daripada empat perenggan petikan “Jasa Ayah” dengan sebutan dan intonasi yang berdasarkan lembaran petikan yang diberikan.
- Menulis empat daripada enam ayat menggunakan perkataan berimbuhan yang diberikan dalam lembaran kerja.
- Tatabahasa : Perkataan berimbuhan
- Kosa kata : menyambut, ilham, bersempena, mengagumi, tabah, menghargai,kempen, mengisytiharkan
- Ilmu : Pendidikan Moral
- Nilai Murni : Menghargai, menghormati, berterima kasih, taat, bertanggungjawab, tabah, kasih sayang.
- Teori Kecergasan Pelbagai : Verbal Linguistik, Interpersonal, Naturalis, Kinestetik, Muzik
- Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, Meramal, Menjana idea
- Belajar Cara Belajar : Bacaan Mentalis, Bacaan mekanis, Bacaan secara individu
- Berbual tentang jasa dan pengorbanan ibu bapa
- Petikan teks “Jasa Ayah”
- Tatahabahasa –Perkataan berimbuhan
- Kosa kata
5.0 Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu
Tahun 4
Bahasa Melayu
Tahun 4